Bagaimana Nak Kurangkan Keletihan Semasa Hamil?

Alhamdulillah dan syukur sangat sebab diberi peluang untuk berkongsi dengan semua sedikit sebanyak pengalaman yang mungkin boleh membantu semua orang diluar sana…mana tahu ada yang alami masalah yang sama dengan saya ni..ehe.

 tips ibu hamil cergas

Waktu mengandung memang tak boleh nak elak masalah tubuh badan lesu ataupun keletihan yang melampau…ada hari yang memang rasa tak boleh nak buat apa-apa pun..collapse..huhhu..lagila kalau ibu hamil yang bekerja..masa kerja tu duk fikir nak balik rumah nak rehat je kan?

Tapi yang “surpise”nye..balik rumah kadang tak sempat nak rehat pun..ada je anak-anak yang buat surprise dekat kita..ada yang mengamuk..ada yang bergaduh..yang nangis2 tak tentu pasal..hihii..itulah rencah kehidupan kita seharian..masa tu mungkin ada yang pikir..bestnya kalau anak2 tido..bestnya kalau anak2 dijaga pembantu..

Tapi..jangan kita lupe..tanpa mereka sunyilah hidup kita..tanpa mereka kosong je rumah kita..tanpa mereka bersih dan kemas jek rumah tapi dalam hati?kesunyian luar biasa..

Okeylah…panjang pulak mukaddimahnya..ehe…apa yang saya nak share cuma bagaimana ibu hamil ni nak elakkan rasa keletihan yang melampau ni..

tips ibu hamil cergasPunca-punca tubuh badan lesu:

1. Tak cukup rehat

2. Tak cukup tidur

3. Kurang makanan berkhasiat

4. Stress

5. Kekurangan nutrisi

Beberapa tips yang boleh diamalkan untuk kurangkan masalah keletihan melampau ni:

1. Pastikan mendapatkan rehat yang cukup..walaupun sibuk dengan urusan seharian tapi pastikan rehat yang cukup…rehat bukan bermaksud tidur je..cukup sekadar baring2..restkan badan tu.

2. Pastikan tidur yang cukup.

3. PAstikan pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian.

4. Elakkan perkara2 yang boleh menyumbang kepada stress. Ada apa-apa masalah sekalipun banyakkan berdoa..moga Allah mudahkan urusan. Lagi-lagi ketika hamil..jangan stress2 sangat..

5. PAstikan ibu-ibu mengambil makanan tambahan yang mencukupi. Ini penting bukan sahaja untuk keperluan ibu tetapi penting untuk bayi dalam kandungan.

Cadangan makanan tambahan yang perlu diambil oleh ibu hamil adalah:

a) Bcomplex

b) Multivitamin

c) Omega-penting untuk perkembangan otak bayi.

d) Sumber kalsium- ini penting untuk elakkan masalah kekejangan kaki si ibu.

Panduan lengkap untuk makanan tambahan ibu hamil boleh rujuk sini ye–>> Sila Baca Sekiranya Anda Hamil. ^_^

 

Diharapkan entry saya ni dapat membantu mengurangkan masalah keletihan yang sering dihadapi oleh ibu-ibu terutamanya ibu hamil.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge